start your own blog now!
 
Read other blogs...

consumated ... maybe consummated

Maybe consummated, used or even secondhand. Its not nice to be called used, its worse still to be called second hand. But consummated, that is something else - there is romance attached to it. From the past, records, essays, writeups, by me, by others, already publically published. Maybe from past blogs. Maybe someone reading this may say, "I have read that before", so be it - Lias.

I believe that .........: The past is as good as the future......

About me

Blogger:
Retired. Lives in in the Far East, in Malaysia to be precise. Vision & Mission in life left too far behind; but who can crystallise the future?; now take the seconds, minutes, hours and days as they come by.

Contact me
My profile
Linkme
Subscribe to this blog

Recent comments

sextoys on moving

Daily Cartoon provided by Bravenet Daily Cartoon provided by Bravenet.com

consumated.mo'time.com
Friday, 02 November 2007
a Palace (Istana)


ISTANA ZAKARIA

 

 

 

 

Inilah ISTANA Zakaria Md Deros

 

Saya tertarik dengan kenyataan suatu sumber dari Pejabat Badan Pencegah Rasuah BPR ketika mengulas kes siasatan seorang pegawai kanan polis yang dilaporkan telah mengumpul kekayaan sebanyak RM27juta. Menurut akhbar NST semalam, pegawai tersebut berkata:

We want to know if it is possible for a police officer to accumulate RM10 million based on his income and years of service.

 

Kami mahu tahu adakah mungkin seorang pegawai polis boleh menghimpun sehingga RM10juta berdasarkan pendapatan dan tempoh perkhidmatannya .

 

Kalau begitu cubalah anak-anak Selangor khasnya tidak kiralah yang pernah mengundi BN atau pembangkang (terutama pengundi di Pelabuhan Kelang) memikirkan apakah Zakaria Md Deros seorang Ahli Dewan Undangan Negeri boleh mengumpulkan harta sehingga mampu membina ISTANA yang penuh knotroversi ini yang dipercayai menelan belanja lebih RM10 juta.

 

Akhbar THE STAR Jumaat lepas melaporkan yang Zakaria dengan bangganya membuka istananya kepada orang-ramai termasuk para pemberita baru-baru ini.Menurut laporan ISTANA ini mempunyai 16 bili tidur dan 21 bilik air! Bilik tidur Zakaria menurut akhbar tersebut:

His master bedroom, which has a changing room and a jacuzzi, is bigger than a low cost house.

Bilik tidur utamanya, mempunyai bilik persalinan disamping jacuzzi, dan ianya lebih besar dari sebuah rumah kos rendah.

 

Saya yang tidak ada kena mengena dengan Zakaria ini pun berasa begitu sedih dan malu melihatkan seorang pemimpin Melayu Islam boleh dengan bangga tanpa sedikit pun rasa bersalah atau peduli pada masyarakat, memperagakan ISTANA nya disaat ramai rakyat yang tidak memiliki rumah sendiri, ramai rakyat sedang mengeluh akan kenaikkan kos hidup yang membebankan. Tetapi Zakaria boleh dengan megah membuka pintu ISTANA nya untuk ditonton oleh masyarakat.

 

posted by: mylias at November 02, 2007 06:41 | link | comments |
palace